Bermula 6 Mac 2025, laman ecommerce Shopee bakal meningkatkan yuran komisen jualan terhadap hampir ke semua penjual di platform mereka.
Kenajkan komisyen pihak Shopee ini telah dilihat naik pada tahun 2024 yg lalu, menunjukkan kadar komisyen ini telah beberapa kali mempunyai perubahan.
Kini terbaru, Shopee mengumumkan penyelerasan semula untuk yuran komisen berkuat-kuasa 6 Mac 2025 di platform mereka.
Caj komisen ini dilihat tidak jauh beza dengan komisen sedia ada, kenaikan antara 1-3%. Namun, perubahan dilihat lebih berlaku kepada barangan kategori fesyen dan FMCG.
Pihak Shopee mengatakan bahawa caj yuran penggunaan platform pasar-jualan mereka akan dikenakan terhadap penjual yang menggunakannya lebih 120 hari.
Pihak Shopee mengatakan yuran ini digunakan bagi terus menambah baik perkhidmatan & fungsi platform mereka, selain turut digunakan untuk beberapa program perluasan sokongan pembeli.
Bagi seller² & founder² yang menjual di Shopee, boleh merujuk kenaikan komisyen berkenaan serta peningkatan dan penyelarasan semula yuran komisen Shopee di laman rasmi Shopee hari ini.
0 Comments:
Catat Ulasan
Ulasan, komentar & pandangan diterbitkan adalah hak & tanggungjawab masing2. Ketahui lanjut dasar Polisi Privasi laman kami.