Guna Ninja Van Hantar Parcel ke Singapore Cara Mudah
BisnesTentu ramai founder² sudahpun berjaya meluaskan empayar brand tudung mereka ke luar negara, selain dari Malaysia.
Aplikasi laman sosial seperti TikTok Live, Shopee Live, Lazada Live & Youtube memberikan ruang yg luas untuk founder² capai kepada pembeli yg diinginkan.
Pembeli tanpa sempadan! Kini founder² dari luar negara seperti Brunei, Singapore, Kemboja & Thailand gemar mendapatkan produk² tudung mereka dari Malaysia.
Oleh kerana tukaran wang asing yg lebih berpihak kepada mereka, contoh bagi Brunei & Singapore, founder² tudung boleh mendapatkan stok produk tudung mereka dengan hanya 1/3 (satu per tiga) kos dibandingkan founder² Malaysia.
Bermaksud, kos mula brand tudung mereka akan lebih murah kerana nilai matawang mereka dibandingkan MYR adalah lebih tinggi.
Kos rendah barangan berkualiti, untung pun tinggi/besar!
Penghantaran pun mudah, founder² kerap akan ambil di bandar sempadan Malaysia, sebagai contoh, di Sarawak utk founder² Brunei, di Johor utk founder² Singapore, Kelantan utk founder² di selatan Thailand, kerana kos shipping masih dikira penghantaran lokal.