Cara Elak Penalti Shopee Kerana Lambat Post Out Order

Nampaknya ramai seller² Shopee terkesan dengan Poin Penalti terkumpul kerana update terbaru Shopee yg memerlukan setiap order keluar post dalam 24 jam.

Pemain² laman ecommerce seperti di Shopee sudah pun dimaklumkan kemaskini terbaru dimana waktu sediakan penghantaran disingkatkan ke 1 hari.

Sebelumnya di Shopee, tempoh masa untuk Seller² keluarkan post order pelanggan adalah selama 2 hari.

Ditambah pula dengan adanya penghantaran 2 Day Delivery 2DD diaktifkan kepada akaun² Seller Shopee yg layak @ terpilih, memerlukan pesanan masuk dipost pada hari sama.

Jika tidak, seller² akan dikenakan penalti!.

Shopee seller extend delivery penalti hack

Sebagai maklumat, pengurusan pesanan di Shopee terbaru September 2024 oleh Seller² adalah seperti berikut:-

  • Pesanan diterima sebelum jam 2PM, perlu dihantar pada hari yg sama sebelum 11.59PM
  • Pesanan yg diterima selepas jam 2 petang, perlu dipost sebelum 11.59PM hari berikutnya.
  • Jika hari berikutnya adalah hari cuti umum atau cuti hujung minggu, pesanan perlu dipost pada hari bekerja berikutnya.

Kenapa Seller² ingin elakkan dikenakan Penalti sistem Shopee?

Seller² Shopee ingin elak dikenakan Penalti ini supaya...

  • Status Seller Preferred atau Preferred+ mereka kekal, kelebihan kerana pengguna memilih Seller² berstatus ini untuk berurusan
  • Elakkan kuantiti barangan di akaun Shopee mereka disekat dalam tempoh tertentu.
  • Elakkan kedai Shopee mereka di sekat dalam tempoh² tertentu.
  • Elakkan kerugian akibat kerja² pengiklanan produk yg sedang dijalankan.
  • Elakkan kedai Shopee mereka di ban @ di sekat & tidak boleh menjual online.

Ini adalah secara tingkas, tidak perlu kami perincikan kerana semua maklumat ada tersedia di laman Bantuan Shopee, jika ingin tahu lebih lanjut.

Bagaimana untuk elakkan Penalti kerana lambat uruskan post order Shopee?

1. Letak produk dijual sebagai Pre Order

Kemaskini produk "killer" anda sebagai Pre-Order pada Setting produk.

Namun begitu setiap akaun diberikan hanya 5% dari jumlah produk yg dibolehkan untuk Pre Order.

Bermaksud, jika Seller mempunyai 50 produk, hanya 2.5 @ 3 produk sahaja dibenarkan untuk Pre Order

2. Nyah aktifkan 2 Day Delivery

Bagi akaun² Seller yg layak, boleh nyah aktifkan mode ini di Akaun Saya > Kedai Saya > tekan tombol Gear > tekan Shipping Options > di Express Delivery > 2 Day Delivery > toggle Off (warna kelabu). 

Kemudian periksa setiap produk jika setting ini dinyah aktifkan di laman produk > Shipping Fee > scroll ke Express Shipping > pastikan 2 Day Delivery telah toggle Off (warna kelabu).

3. Setkan Days to Ship (DTS) pada Produk

Setelah langkah #1 atau #2 dibuat, Seller² boleh letakkan DTS di laman produk mereka > tekan Variations > scroll ke bawah & toggle On (hijau) di Set Days to Ship Variations.

Kemudian di Variations Info, di kotak DTS, letakkan nilai hari untuk Days to Ship produk² anda.

Shopee hanya benarkan 3 - 30 hari sahaja untuk letakkan nilai Days to Ship DTS pada produk² disenaraikan.

4. Aktifkan Vacation Mode

Bagi cuti yg dirancang, anda boleh aktifkan Vacation Mode supaya tidak ada pesanan diterima ketika ini.

Namun begitu, pesanan diterima sebelum Vacation Mode ini diaktifkan perlu diteruskan mengikut ketetapan penghantaran sistem Shopee.

Pastikan anda nyah aktif dahulu segala Promosi² yg sedang berjalan yg melibatkan produk anda supaya tetapan Vacation Mode ini boleh di aktifkan.

Apa berlaku jika terkumpul Poin Penalti Shopee yg banyak?

Seller² Shopee lebih maklum bahawa jika mengumpul sebanyak 15 Poin Penalti Shopee, akaun Shopee mereka akan di ban/sekat, maka produk² di paparkan tidak boleh dijual dalam tempoh tertentu.

Tempoh ban sekatan tersebut telah ditentukan oleh sistem Shopee, urus niaga yg telah dibuat sebelumnya diteruskan, baki jualan di akaun boleh diambil cuma produk² Seller tidak akan terpapar, pengguna² tidak dapat membeli produk² bagi   Seller² yg telah di ban/sekat akaunnya.

Kelebihan 2 Day Delivery (2DD) & Express Delivery Shopee

  • Pastikan hanya Seller² yg komited & mempunyai produk jualan yg dalam stok
  • Pastikan Seller² yg authentic asli, serius & bukan Scammer.
  • Meningkat jumlah jualan berlipat ganda bagi Seller²
  • Menambah nilai kepercayaan servis diberikan oleh platform kepada pengguna
  • Menambahkan keyakinan pengguna untuk membuat pembelian di Shopee tanpa ragu²
  • Proses urus niaga lebih cepat dengan masa penghantaran lebih laju.
  • Dapat menarik minat pengguna² baru berurus niaga di platform Shopee.
  • Dapat mengekalkan pembeli² sedia ada utk terus berurus niaga di platform Shopee.
  • Kos murah bg Seller dengan sebahagian besar caj penghantaran di subsidi oleh Shopee melalui Voucher disediakan.

Sebagai Seller di Shopee, anda juga perlulah meletakkan diri anda sebagai pengguna/pembeli...

Setiap kali pesanan order, anda mesti nak kan pesanan itu di post keluar cepat, dapat parcel dengan lebih cepat.

Anda juga ingin gunakan voucher Free Shipping atau Cashback yg memberikan penjimatan ketika pembelian.

Sekurangnya, Seller² Shopee ketika ini akan lebih ber-disiplin, peka waktu, lebih terurus & bukannya menganggap menjual online ini sebagai hobi, bidang terjun atau hamba penjual untuk Shopee.

Anda juga dinasihatkan, sebagai usahawan, sentiasa mempunyai pelan sandaran (backup plan) atau bantuan sokongan bersedia, penting pada waktu² kecemasan supaya pesanan Shopee anda tetap boleh laksanakan, pada waktu² kecemasan.

Jadi, tepuk dada & tanya selera.

Jika ingin lihat keadaan sebenar setup kedai online Shopee dengan status Preferred dan Preferred+ ada disini >>> https://s.shopee.com.my/1B2XmHSkSN

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiDIVqIU0FSiUb1BVA-ydrkgnoIbmw3hUTbCP6agLMC60kTNO2ZbYsoq6uV4bBiFmVblraPCBkzA139JRkuHqB-oYxgm09rhxYKiOfvCSUFsuX1yjemd3xV1vzI3yI8ZdY42u2VoPrXv5GCDix06qNlKvBECGHoBtXgrzl4LGvOioMEcK5F9Xa5nuJ-hO9o/s72-c-rw/shopee-seller-late-delivery-penalti.webp

6 ulasan:

  1. Material: Bawal Voile premium
    Comfortability: Mudah dpkai
    Kain voile premium.. cantik dan mudah pakai..
    Tempahan juga cepat, kurang dari 2mggu siap.. seller yg peramah dan sangat membantu 👍🏻.

    BalasPadam
  2. Comfortability: good
    Material: good
    cantik warnanya..tq seller

    BalasPadam
  3. Material: ok
    Comfortability: ok
    sampai with reasonable time. kain agak keras. kena basuh dulu kot.

    BalasPadam
  4. Tudung dh smpai..laju jer tp tgk lah sndri dlm gmbr..tetp bg 5🌟 tq saller

    BalasPadam
  5. Material: mudah bentuk
    cuma kene make sure pakai inner neck huhu

    BalasPadam
  6. Brg diterima dalam keadaan baik. Murah dan puas hati. Postage pun cepat. Alhamdulillah. Seller pon kita whatsapp.laju reply dan sangat membantu untuk pembelian bijak supaya tak salah2 beli..

    Next time boleh shopping lagi di kedai ni. Barang2 nampak menarik. Hahha

    BalasPadam

Ulasan, komentar & pandangan diterbitkan adalah hak & tanggungjawab masing2. Ketahui lanjut dasar Polisi Privasi laman kami.

Menarik Minggu Ini...

Tudung Bawal Sulam Tangan Salju v2

Genap 1 tahun telah berlalu, kini tudung bawal sulam Salju diupgrade, design sudah ke versi 2.  Founder² terus mengeluarkan design² tudung …

Status Produk

Berikut adalah panduan & keterangan berkenaan status produk:-

  • Nilai Hebat - Produk berstatus jualan dengan lebih nilai dari harga asal.
  • Terbaru - Produk baru dilancarkan, kurang dari 10 hari dari warktu penyenaraian.
  • Restok - Produk telah ditambah stok & mempunyai bilangan mencukupi untuk edaran.
  • Tiada Stok - Produk sudah kehabisan stok.
  • Terhad - Produk mempunyai kuantiti/saiz/warna/kombo warna terhad.
  • Tamat Keluaran - Produk tidak diedarkan.

Penghantaran

Ketika ini kami di #galeriartie menyediakan khidmat penghantaran seperti berikut:-

Semenanjung Malaysia

  • Pos Laju - penerimaan pakej 1-3 hari bekerja. (*)
  • CityLink - 90% penerimaan pakej dalam 24 jam. (*)
  • J&T Express - penerimaan pakej dalam 1-3 hari bekerja. (*)
  • Logistik - penerimaan pakej hari sama pick up di rangkaian pekhidmatan logisitk terpilih.

(*) Bergantung kepada persekitaran & keadaan semasa.


Sabah & Sarawak

  • Pos Laju - penerimaan pakej 3-6 hari bekerja.
  • J&T Express - penerimaan pakej 3-6 hari bekerja.
  • CTSI Logistik - Mel udara, postage bayar ketika terima 3-5 hari.

Brunei, Singapura & Thailand

  • Penerimaan pakej di negeri M'sia bersempadan - jimat kos & cepat.
  • International mail service Pos Laju Malaysia

Lain-lain Negara

  • Berdasarkan perbincangan.

Kaedah Pesanan

  1. Membuat pesanan terus di laman web galeriartie.com atau menerusi aplikasi Whatsapp, Wechat, Facebook, Telegram & sebagainya.
  2. Pesanan di proses & kam akan berhubung untuk tujuan pengesahan & semakan stok.
  3. Perincian pesanan & kemaskini pembayaran disertakan.
  4. Membuat pembayaran & mengirimkan salinan.
  5. Pesanan dihantar melalui perkhidmatan penghantaran yang dipilih.
  6. Pesanan sampai ke destinasi dalam jangka waktu ditetapkan.

Pesanan Borong

  1. Ketika ini pesanan borong hanya dikhaskan untuk ahli niaga berdaftar dengan www.galeriartie.com
  2. Pesanan borong adalah bagi jumlah produk melebihi 10 unit (bawal), 100pcs (sticker).
  3. Pesanan adalah berdasarkan capaian stok semasa.
  4. Nyatakan warna, design yang diperlukan (jika perlu).
  5. Penerimaan bayaran sebelum 12 tengahari waktu bekerja Kelantan - penghantaran dilakukan pada hari sama.
  6. Penerimaan pembayaran selepas 2 petang waktu bekerja Kelantan - penghantaran dilakukan hari bekerja berikutnya.

Pesanan Dropship

  1. Ketika ini pesanan dropship hanya dikhaskan untuk ahli berdaftar dengan www.galeriartie.com
  2. Pesanan dropship boleh dilakukan di laman web ini & atau melalui aplikasi Whatsapp, Facebook, Telegram
  3. Nyatakan warna, design dipesan.
  4. Pesanan adalah berdasarkan capaian stok semasa.
  5. Sila sertakan maklumat penerima seperti nama penuh, nombor telefon, alamat penghantaran serta poskod.
  6. Masukkan butiran Agen seperti nama & nombor telefon diruang AGEN. Kemudian tekan butang serah.
  7. Penerimaan pembayaran sebelum 12 tengahari waktu bekerja Kelantan - penghantaran dilakukan pada hari sama.
  8. Penerimaan pembayaran selepas 2 petang waktu bekerja Kelantan - penghantaran dilakukan hari bekerja berikutnya.
Dengan menekan "Add to Cart" & "Hantar Pesanan" anda telah bersetuju, membaca & memahami keterangan yang tertera pada laman disediakan.
Warna atau kombo warna produk akan ada sedikit perbezaaan tona kerana faktor resolusi skrin & pencahayaan ketika pengambaraan.

Liputan & Disiarkan Media

Tudung Bawal Artie di Harian Metro
Borong tudung bawal tv1 rtm Malaysia
Borong tudung di THR Gegar
Borong tudung bawal sticker hotfix Kota Bharu

Kilang tudung bawal sulam bawal asli exclusive cotton voile Japan borong tudung dari kilang, Bawal Kelantan kilang tudung satin crepe cotton voile murah stok bersedia.