Lazada sebuah platform jual beli atas talian E-commerce di Malaysia baru² ini perkenalkan program Return and Refund dengan polisi terbaru bagi pengguna² platform mereka di Malaysia.
30 hari Returns and Refund Lazada Malaysia hampir mirip platform Shopee yg berikan hanya 15 hari sahaja.
Berdasarkan laporan Bernama, polisi Return and Refund Lazada Malaysia yg terbaru ini memberikan tambah nilai berguna untuk pelanggan² mereka, seterusnya memudah cara pengalaman membeli belah atas talian tanpa ragu².
Dalam satu kenyataan oleh Lazada Malaysia, pengguna² platform mereka di Malaysia boleh menggunakan kelebihan ini disamping program² lain yg telah sedia ada. Ini termasuk Polisi Pemulangan 30 hari, 30 day Return Policy, yg lebih mesra & mudah bagi sebarang pembelian dari seller² LazMall & Choice.
Disamping itu, polisi program Change of Mind di Lazada Malaysia telah diperluaskan untuk lebih banyak produk & kategori.
Bagi pesanan dari seller² bukan LazMall, polisi pemulangan diberikan selama 7 hari. Pesanan² yg boleh dikembalikan mengikut program Returns termasuk:-
- Pesanan yg rosak (damaged) & cacat (defective).
- Pesanan tidak seperti di-iklankan (false advertised)
- Pesanan yg tidak betul (incorrect)
Apabila membuat pemulangan pesanan di Lazada Malaysia, pelanggan² harus memastikan pesanan tersebut berada dalam keadaan berikut:-
- Menggunakan pembalut asal (original wrap)
- Tidak dipakai, di cuba atau di basuh (unworn, untested & unwashed)
- Tag produk masih ada (tag intacted)
- Tidak membuat ubahsuai pada produk (unaltered)
Kini Lazada Malaysia juga memproses pemulangan Refunds lebih pantas sebaik sahaja pesanan yg dikembalikan itu di drop-off atau pickup oleh rakan logistik mereka.
Oleh itu, Lazada menyatakan bahawa ia akan mengurangkan lagi masa menunggu pembayaran kembalian Returns ini tanpa sebarang tangguhan.
Pihak Lazada juga ada menyatakan, dalam kes² tertentu, kembalian Refund ini adalah serta merta sebaik proses permohononan Returns itu dipohon pengguna.
Polisi terbaru pemulangan & kembalian Return and Refund Lazada ini adalah hampir mirip dengan program yg digunakan di platform Shopee, platform persaing utama mereka di Asia Tenggara.
Perbezaan ketara hanyalah pada jumlah hari diberikan, iaitu, di Shopee 15 hari manakala di Lazada 30 hari untuk Return and Refund tersebut.
Sumber:
- Berita Bernama di https://www.bernama.com/en/general/news.php?id=2315822
- Update Lazada News di https://www.lazada.com.my/helpcenter/cancellations-returns-and-refunds/
Comfortability: selesa tak jarang
BalasPadamMaterial: senang bentuk
Variation: 696 Hot/Barbie Pink,Bidang 45
BalasPadamMaterial: good
Comfortability: good
Berbaloi
Comfortability: Alhamdulillah... warna sesuai dengan baju yang Nak dipakai... kain nampak lembut... harap Auning nya menjadi... terima Kasih
BalasPadam