Tahun lalu, 2023 warna hitam atau warna² tona gelap menjadi pilihan paling popular muslimin & muslimat untuk warna tema bergaya di Hari Raya Aidilfitri.
Sebahagian besar masyarakat di Malaysia yg menyambut hari Lebaran terikut² memakai persalinan sedondon berwarna tona gelap di hari pertama Hari Raya Aidilfitri.
Dijangkakan tahun 2024, trend warna² tona gelap sekali lagi menjadi trend & pilihan masyarakat di Malaysia untuk memeriahkan suasana sambutan Aidilfitri.
Warna² yg bakal menjadi pilihan & trendy untuk sambutan lebaran 2024 adalah:-
- jingga gelap (burnt orange / dark orange)
- merah bata (brick red).
Menurut beberapa pereka² fesyen Malaysia, kedua-dua warna pilihan ini sudah mula diminati oleh orang ramai sejak awal tahun 2023 lagi.
Warna² tersebut telah melonjak popularitinya apabila influencer, pelakon & selebriti tempatan mula 'mempromosi' rona² warna tersebut ketika menghadiri event acara, majlis perkahwinan dsbnya, yg telah mendapat banyak publisiti serta liputan oleh media sosial & media² utama (mainstream).
Warna Pilihan Bukan untuk Semua
Namun begitu, tona warna jingga gelap mahupun merah bata mungkin tidak sesuai dipakai oleh kaum Adam yang berkulit sawo matang.
Ini kerana, bila dipadankan warna² tersebut, sesiapa yg berkulit sawo matang akan kelihatan lebih gelap & kusam.
Bagi kaum Hawa atau sesiapa yg berkulit cerah, warna² tona merah bata & jingga gelap ini akan menyerlahkan lagi seri wajah mereka kerana kontra tona warna.
Namun begitu, tidak semua jenis tona orange boleh disesuaikan bagi mereka² yg berkulit sawo matang ini.
Diharap kaum Hawa boleh pertimbangkan & mencari tona² warna sesuai untuk dipadan gaya bersama pasangan masing².
Berakhirkah Warna² Lembut & Pastel?
Warna² pastel lembut dilihat sudah kurang mendapat sambutan sejak beberapa tahun lalu.
Namun begitu, masih ada generasi muda yang masih setia menggunakan tona² warna pastel lembut memandangkan tona warna² begini mudah di sesuai padan #ootd mereka.
Baju Kebaya Sana Sini
Terbaru, kini fesyen kebaya Indonesia mula diminati di Malaysia, manakala kebaya Malaysia pula mendapat perhatian kaum Hawa di Indonesia.
Di Malaysia, trend kebaya klasik negara jiran dijangka mendapat tempat untuk digayakan pada hari Lebaran 2024.
Ini mungkin kerana kuatnya 'promosi' pemakaian baju kebaya Indonesia oleh selebriti² Sinetron negara seberang itu yg menjadi 'kegilaan' tontonan tertinggi masyarakat² di Malaysia.
Sejak kebelakangan ini, rata² wanita di Indonesia juga difahamkan terpikat dengan keunikan rekaan kebaya dari Malaysia.
Perbezaan ketara diantara baju kebaya Indonesia adalah, disana, fabrik baju digunakan adalah jenis jarang dengan potongan baju kebaya yg betul² ikut bentuk susuk tubuh badan.
Manakala baju kebaya moden di Malaysia, lebih longgar loose, menggunakan fabrik² yg tidak jarang -- kebaya Nyonya dikecualikan ;).
Aksesori Minimalis
Walaupun bergaya dengan baju kebaya, aksesori busana ini bakal akan lebih minimalis & tidak keterlaluan, dibandingkan cara asal di pakai gaya zaman mak² kita dahulu.
Bentuk kerongsang pilihan akan lebih simple & moden, aksesori dalam saiz² sederhana. Jika dibandingkan aksesori² kerongsang digunakan zaman terdahulu, aksesori dipakai sangat eksotik, lebih detail serta bertingkat².
Lebih Ramai Berani Berfesyen
Citarasa fesyen rakyat Malaysia disifatkan bertambah baik dalam tempoh 5 ke 10 tahun kebelakangan ini.
Sebelum ini masyarakat di Malaysia setia pada gaya sama saban tahun. Contoh rekaan evergreen pilihan kaum Hawa di Malaysia adalah seperti baju kurung, peplum, kain duyung & kain bentuk payung.
Kini, kaum Hawa di Malaysia sudah berani bermain dengan silhouette, fesyen² yang menonjol, dengan potongan baju atau skirt yg kebih moden dipadan gaya warna² kontra.
Kesesuaian Pemakaian Penting
Pemilihan gaya berfesyen pada hari Lebaran nanti biarlah bersesuaian dengan bentuk tubuh diri & keadaan persekitaran.
Jika design busana tidak sesuai, individu² akan berasa tidak selesa dalam pergerakan mereka, malah dari segi psikologi, meraka mudah berasa janggal -- out of place.
Elak Busana Banyak Lapis
Jangan jadi mangsa fesyen!
Trend pakaian berlapis-lapis, labuh meleret mahupun yang mencolok mata tidak sesuai dengan cuaca serta budaya kita di Malaysia.
Selain keselesaan, aspek paling penting dalam bergaya ialah untuk sentiasa bersopan & menjaga adab.
Janganlah terlalu taksub untuk mengikut trend² terbaru atau semasa hingga hilang identiti bangsa & jati diri.
Sebaliknya, individu² perlu berpegang teguh dengan citarasa fesyen & gaya unik masing-masing.
Tidak salah untuk bertukar gaya & terikut trend semasa, tetapi biarlah padan dengan diri serta keadaan persekitaran kita.
Sumber:
- https://www.utusan.com.my/gaya/2023/12/jingga-gelap-merah-bata-diramal-warna-tema-aidilfitri-2024/
- https://jakel.my/latest-news-eng/warna-warna-trending-raya-2024
696 Hot/Barbie Pink,Bidang 45
BalasPadamsngt cntik😍
831 Lite Pink II,Bidang 45
BalasPadamMaterial: Cotton
Comfortability: Kain sejuk
Warna cantikk... Warna pink cantikk kain lembut dan sejuk.. First time beli dekat sini.. Warna cantikk nanti boleh beli warna lain terima kasih daun keladi lain kali boleh beli lagi
65 Mustard,Bidang 45
BalasPadamComfortability: terbaik
Material: lembut
Terbaik seller ni barang sampai dengan cepat……
BLK Black,Bidang 45
BalasPadamSelalu sudah beli. Penghantaran pantas dibungkus pun kemas