Makanan adalah untuk kita menikmati bersama, manakala rekod pula perlulah dipecahkan bukan?
Jika anda ingat sepinggan nasi kandar berharga RM69 adalah keterlaluan, seorang pemuda dari Kelantan telah berjaya memecahkan rekod memesan makanan nasi kandar paling mahal ketika postingan ini.
Dalam satu post di Facebook Nasi Kandar Sulaiman baru² ini, sebuah restoran terkenal di Pulau Pinang, setakat 5/1/2024 hanya seorang pemuda dari negeri Kelantan yg berjaya membuat pesanan & membayar sehingga RM78 sepinggan.
Nak tahu pecahan menu & lauk nasi kandar pesanan pemuda dari Kelantan yg pecahkan rekod ini? Berikut adalah perinciannya...
- Sotong x7 RM49.00
- Udang x2 RM14.00
- Ayam x1 RM5.50
- Telur Sotong RM7.00
- Sayur Bendi RM1.00
- Nasi Putih RM1.50
Total: RM78.00
Menurut Nasi Kandar Sulaiman Penang lagi, pemuda ini telah datang dari Kelantan ke Pulau Pinang khusus untuk mendapatkan nasi kandar asli authentic.
Secara tidak sedar, pemuda ini telah pecahkan rekod pesanan Nasi Kandar berharga RM69, yg kebetulan berlaku kira² 2 minggu sebelumnya.
Sehingga 15/1/2024, rekod pesanan Nasi Kandar termahal ini masih pada harga RM78.
Manakala rekod sebelumnya yg pesanan berharga RM69 telah dibuat oleh seorang pemudah dari Johor & pada tempat ketiga pesanan nasi kandar berharga RM61 oleh seorang pelanggan restoran tersebut dari Penang.
Menurut Nasi Kandar Sulaiman, adanya cerapan rekod pesanan nasi kandar termahal ini membolehkan pelanggan² berbangga dengan capaian mereka semata² untuk mendapatkan sepinggan nasi kandar asli authentik dari Pulau Pinang.
Rasanya, adakah ada lagi pelanggan² dari negeri² lain yg akan turut bersama pecahkan rekod pesanan Nasi Kandar authentik ini.
Kita tunggu & lihat nanti!
Fast delivery. Trusted & recommended seller 👍 Thank you 😁
BalasPadam