Riak.
Takbur.
Menunjuk-nunjuk.
Aksyen.
Begitulah reaksi & kecaman pedas netizen terhadap postingan video Haliza Maysuri, pengasas Bawal Exclusive baru² ini.
Ini berikutan isi kandung postingan video itu ada menyatakan bahawa beliau sedang memakai tudung harga 'murah' yg hanya bernilai RM1200 sahaja 🤭.
Namun begitu, Haliza terus menyangkal sindiran² pedas Netizen tersebut memandangkan mereka yg mengecamnya ini bukan pelanggan sasaran tudung bawal exclusive jenama beliau.
Pelanggan² setia & tetap jenama tudung dimiliki Haliza sudah sememangnya sedia maklum dengan harga² tudung bawal keluaran jenamanya.
Haliza juga berkata, tujuan perkongsian video tersebut bukan untuk membuktikan kemampuan diri, malah jauh lagi mahu bersikap riak.
Tujuan lontaran video itu adalah untuk membandingkan harga dengan koleksi lain jenama beliau yg bernilai beratus ribu ringgit -- sudah tentu harga tudung berharga RM1200 ini lebih murah dari keluaran exclusivenya yg lain.
Menurut Haliza dilaporkan Harian Metro, di sepanjang 25 tahun berniaga, dia sudah lali & biasa dengan kecaman & kritikan terutamanya di media sosial.
Sebelum itu, Haliza telah mendapat perhatian orang awam apabila menggayakan busana berharga RM250,000 dalam sebuah majlis di ibu negara sempena ulang tahun penubuhan jenama tudung bawal beliau.
Haliza juga pernah dikecam teruk pada tahun 2022 kerana menggayakan telekung berharga RM6,080 ketika menunaikan umrah.
Dunia perniagaan kini terus mencabar, setiap tingkah laku perbuatan kita akan mendapat perhatian orang awam.
Founder² tudung jenama sendiri haruslah bersiap sedia emosi & psikologi kerana mereka bakal terbuka dengan berbagai kerenah pelanggan² mereka di luar sana, online mahupun offline.
Sumber:
- https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/01/1047072/mereka-yang-kecam-tu-bukan-pelanggan-tudung-saya
511 Tomato Orange,Bidang 45
BalasPadamKain bawal Artie macam bawal ratu, berkualiti tinggi
862B Pink Peach II,Bidang 45
BalasPadamComfortability: 10/10
Material: 👍🏻
Beli sebab nak kene pakai sedondon warna-warna tersebut. Sejenis yang jarang beli tudung warna pelik-pelik. Warna pastel yang cantik. Xde gambar sebab xpakai lagi.
DMC Pelangi AB,SS16/4mm 400+pcs
BalasPadamSafe arrived
Variation: 65 Mustard,Bidang 45
BalasPadamsafely arrived. Thank you