Cara Hilangkan Elektrostatik Tudung Bawal Masa Menggosok

Pemakai tudung bawal mesti pernah laluinya kan, masa gosok iron tudung bawal bunyi meletup² selepas itu bulu roma tangan naik tegak bila mendekati kain tudung.

Bukan setakat itu, kain tudung pula melekat² lebih² lagi ketika dipakai & ini akan menambah ketidak-selesaan ketika dipakai kelak.

Adakah kain bawal itu bukan original?

Adakah semua kain bawal begitu?

Disini kami cuba menjawab kemusykilan tersebut.

Keadaan ini namanya kain ber-elektrostatik, di mana adanya sedikit arus statik elektro-statik kecil yg tidak merbahaya bertindak balas diatas permukaan kain tudung tersebut.

Contoh elektrostatik seperti apabila anda gosok² tapak tangan laju², bila terasa suam², cuba rapatkan pada bulu roma anda - pasti bulu roma tegak kan?

Elak elektrostatik tudung bawal masa gosok

Kenapa tudung bawal atau pakaian ada elektrostatik?

Tudung & pakaian boleh terkena elektrostatik dengan berbagai cara. Lazimnya bagi isi rumah, kain² yg bergesel diantara satu sama lain secara berterusan, seperti dalam mesin basuh, boleh mengakibatkan elektrostatik ini berlaku.

Tambahan pula, kain² dari fabrik wool & polyester adalah antara fabrik yg kuat mengeluarkan/menyimpan elektrostatik jika ada kain lain bergesel dengannya.

Suhu & kelembapan persekitaran juga memainkan peranan kerana ia boleh menambah 'charge' elektrostatik pada permukaan pakaian, lagi sejuk, lagi kuat letup² tudung bawal ber-elektrostatik.

Adakah Tudung Bawal Elektrostatik Bahaya?

Jawapannya tidak. Elektrostatik pada pakaian adalah pada kadar arus yg kecil, tidak merbahaya untuk tubuh manusia norma. 

Namun begitu, bagi mereka yg lemah semangat, mempunyai penyakit kronik, mahupun kanak², eloklah dielak sentuh kerana tubuh mereka mungkin tidak biasa menempuhnya.

Cara Kurangkan/Hilangkan Elektrostatik Tudung Bawal

1. Elak guna tudung dari bahan sintetik.

Cuba sebaik mungkin mengguna pakaian yg diperbuat dari fabrik mikro serat asli (organic micro fibre), kerana bahan ini boleh menyimpan/serap kelembapan, seterusnya kurangkan pembentukan elektrostatik

2. Pelembut pakaian

Guna pelembut pakaian ketika akhir basuhan kerana bahan ini boleh mengelak kurang geselan permukaan fabrik, ketika dibasuh, untuk membentuk elektrostatik.

3. Cuka putih.

Nak kurangkan guna bahan² kimia ketika basuhan? Guna sedikit cuka putih kerana ia juga boleh bertindak sebagai pelembut pakaian asli. Elakkan guna sabun basuh berlebihan.

4. Tidak terlalu kering

Sebolehnya sidai kering tudung di kawasan redup & angkat jemuran bila ia tidak terlalu kering. Sangkut juga tudung² berasingan jauh dari pakaian yg diperbuat dari bahan serat sintetik (synthetic fibre).

5. Tumble dry (Keringan berputar)

Nak kering cepat guna tumble dry mesin basuh, cuba asingkan tudung dalam satu beg jaring (laundry bag) utk elakkan permukaan kain tudung bergesel dengan pakaian lain.

6. Humidifier (mesin kekal kelembapan).

Arus elektrostatik cenderung berlaku apabila dalam keadaan persekitaran yg kering & berkelembapan rendah (low humidity). Adanya mesin humidifier dapat seimbangkan keadaan kelembapan persekitaran.

Cara Kurangkan Elektrostaik Ketika Menggosok

1. Naikkan kepanasan gosok perlahan-lahan

Mula menggosok pada kepanasan rendah, contoh setting Silk, gosok sekali, kemudian tukar ke setting Satin, gosok sekali lagi & berakhir dengan setting Cotton.

Kaedah menggosok perlulah perlahan, jangan terlalu cepat kerana geseran laju permukaan tapak pemanas akan hasil tambah elektrostatik nanti.

2. Sembur spray air sebelum menggosok.

Merenjis air tidak cukup kerana tujuan spray untuk memastikan molekul² air berada secara rata diatas permukaan kain sebelum menggosok. Gosok kain bawal seperti biasa. Ulang jika perlu, dalam keadaan perlahan².

3. Sembur spray guna sedikit bancuhan pelembut kain (fabric softner) dengan air.

Tujuannya sama dengan menyembur air, tetapi diharap bahan² dalam cecair pelembut pakaian boleh membantu memisahkan permukaan supaya tidak ber-elektrostatik. Tambahan tudung akan berbau wangi lagi ;).

4. Menggantungkan kain bawal ber-elektrostatik dengan penyakut baju besi

Bukan sangkut besi bersadur yea, penyakut baju besi yg diperbuat dari aluminia atau besi bersalut chrome bagi membolehkan arus elektrostatik diserap pindah melalui penyakut baju besi tersebut.

5. Pasangkan pin besi di satu sudut kain

Pin tudung atau pin bertutup (baby pin) yg diperbuat dari besi (tanpa saduran) boleh menyerap pindah arus elektrostatik kain.

6. Pakai selipar diperbuat dari plastik/getah (bahan penebat arus) ketika menggosok.

Tujuannya untuk memutuskan sebarang arus ke bumi yg melalui susuk badan tubuh anda, ketika memegang kain bawal. Maka anda pun tidak akan terkejut...

7. Sarung alaskan tapak penggosok dengan kain kalis haba

Kain serap haba atau "heating pad" atau "ironing board padding" iaitu alas meja menggosok mempunyai elemen untuk tahan panas & menyerap arus² kecil sebegini.

8. Gosok di ruang yg selesa & luas, jauh dari alat² elektronik seperti TV dan radio.

Alatan elektronik juga mengeluarkan arus elektrostatik kecil & dengan menggosok tudung di tempat yg luas serta tiada alatan elektrik berhampiran, boleh mengurangkan kecenderungan kain tudung bawal ber-elektrosatik.

Diharap ia membantu.

Jom kongsikan juga trik² anda bagi mengelakkan kain elektristatik melampau di ruang komen dibawah yea...

Semoga dapat dimanfaat oleh pembaca² nanti.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjZ67_ZK_fouqTCFx9iybhdO9o-VZg9Iu_UZi-rxJnCmebq6XKmEYSIL4x-rmbOdHYvj6JFaPGjWF1DiXuQe1o-3AoO3h1NIdLOJy5N03D4wj0EJzNqKY9oNKS34vNMysXVyL3WkIVvIkNPb4CtGUN6Nq7sVwDvQeuuNTnM8hckrvODMkrGbQcJfhYF8Bv2/s72-c-rw/tudung-bawal-elektro-static-iron.webp

3 ulasan:

  1. Variation: 938 Fuschia@Hot Pink,Bidang 45
    Material cantik .Harga murah .recommended.awning on point .tak menyesal beli .

    BalasPadam
  2. Quality: Baik
    Spt apa yang saya order.Terbaik

    BalasPadam
  3. Variation: 938 Fuschia@Hot Pink,Bidang 45
    Comfortability: ok
    Trm ksh brang dah smpai...ni dah kli ke 2 sy Oder warna yg sma

    BalasPadam

Ulasan, komentar & pandangan diterbitkan adalah hak & tanggungjawab masing2. Ketahui lanjut dasar Polisi Privasi laman kami.

Menarik Minggu Ini...

Status Produk

Berikut adalah panduan & keterangan berkenaan status produk:-

  • Nilai Hebat - Produk berstatus jualan dengan lebih nilai dari harga asal.
  • Terbaru - Produk baru dilancarkan, kurang dari 10 hari dari warktu penyenaraian.
  • Restok - Produk telah ditambah stok & mempunyai bilangan mencukupi untuk edaran.
  • Tiada Stok - Produk sudah kehabisan stok.
  • Terhad - Produk mempunyai kuantiti/saiz/warna/kombo warna terhad.
  • Tamat Keluaran - Produk tidak diedarkan.

Penghantaran

Ketika ini kami di #galeriartie menyediakan khidmat penghantaran seperti berikut:-

Semenanjung Malaysia

  • Pos Laju - penerimaan pakej 1-3 hari bekerja. (*)
  • CityLink - 90% penerimaan pakej dalam 24 jam. (*)
  • J&T Express - penerimaan pakej dalam 1-3 hari bekerja. (*)
  • Logistik - penerimaan pakej hari sama pick up di rangkaian pekhidmatan logisitk terpilih.

(*) Bergantung kepada persekitaran & keadaan semasa.


Sabah & Sarawak

  • Pos Laju - penerimaan pakej 3-6 hari bekerja.
  • J&T Express - penerimaan pakej 3-6 hari bekerja.
  • CTSI Logistik - Mel udara, postage bayar ketika terima 3-5 hari.

Brunei, Singapura & Thailand

  • Penerimaan pakej di negeri M'sia bersempadan - jimat kos & cepat.
  • International mail service Pos Laju Malaysia

Lain-lain Negara

  • Berdasarkan perbincangan.

Kaedah Pesanan

  1. Membuat pesanan terus di laman web galeriartie.com atau menerusi aplikasi Whatsapp, Wechat, Facebook, Telegram & sebagainya.
  2. Pesanan di proses & kam akan berhubung untuk tujuan pengesahan & semakan stok.
  3. Perincian pesanan & kemaskini pembayaran disertakan.
  4. Membuat pembayaran & mengirimkan salinan.
  5. Pesanan dihantar melalui perkhidmatan penghantaran yang dipilih.
  6. Pesanan sampai ke destinasi dalam jangka waktu ditetapkan.

Pesanan Borong

  1. Ketika ini pesanan borong hanya dikhaskan untuk ahli niaga berdaftar dengan www.galeriartie.com
  2. Pesanan borong adalah bagi jumlah produk melebihi 10 unit (bawal), 100pcs (sticker).
  3. Pesanan adalah berdasarkan capaian stok semasa.
  4. Nyatakan warna, design yang diperlukan (jika perlu).
  5. Penerimaan bayaran sebelum 12 tengahari waktu bekerja Kelantan - penghantaran dilakukan pada hari sama.
  6. Penerimaan pembayaran selepas 2 petang waktu bekerja Kelantan - penghantaran dilakukan hari bekerja berikutnya.

Pesanan Dropship

  1. Ketika ini pesanan dropship hanya dikhaskan untuk ahli berdaftar dengan www.galeriartie.com
  2. Pesanan dropship boleh dilakukan di laman web ini & atau melalui aplikasi Whatsapp, Facebook, Telegram
  3. Nyatakan warna, design dipesan.
  4. Pesanan adalah berdasarkan capaian stok semasa.
  5. Sila sertakan maklumat penerima seperti nama penuh, nombor telefon, alamat penghantaran serta poskod.
  6. Masukkan butiran Agen seperti nama & nombor telefon diruang AGEN. Kemudian tekan butang serah.
  7. Penerimaan pembayaran sebelum 12 tengahari waktu bekerja Kelantan - penghantaran dilakukan pada hari sama.
  8. Penerimaan pembayaran selepas 2 petang waktu bekerja Kelantan - penghantaran dilakukan hari bekerja berikutnya.
Dengan menekan "Add to Cart" & "Hantar Pesanan" anda telah bersetuju, membaca & memahami keterangan yang tertera pada laman disediakan.
Warna atau kombo warna produk akan ada sedikit perbezaaan tona kerana faktor resolusi skrin & pencahayaan ketika pengambaraan.

Liputan & Disiarkan Media

Tudung Bawal Artie di Harian Metro
Borong tudung bawal tv1 rtm Malaysia
Borong tudung di THR Gegar
Borong tudung bawal sticker hotfix Kota Bharu

Kilang tudung bawal sulam bawal asli exclusive cotton voile Japan borong tudung dari kilang, Bawal Kelantan kilang tudung satin crepe cotton voile murah stok bersedia.