Ramai terperangkap apabila cuba membeli tudung ikut warna untuk match padankan dengan warna baju untuk dipakai nanti.
Artie pun tidak terkecuali 🤭
Umum tahu menggunakan gambar dari kamera telefon pintar akan memberikan hasil warna yang berbeza kerana berbagai faktor.
Disini kami kongsikan kenapa berlaku begitu, dan bagaimana cara mudah panduan cari warna match beli tudung online dengan baju nanti..
Kenapa warna pada gambar di telefon pintar tidak tepat?
Baik menggunakan telefon canggih mahal ribuan ringgit seperti iPhone, hinggalah ke telefon Android, antara sebab² kenapa hasil warna pada telefon pintar tidak tepat kerana:-
- Lensa cahaya terhad kamera telefon pintar
- Pencahayaan sekeliling
- Gangguan warna dari latarbelakang sekeliling objek ditangkap
- Aplikasi digunakan untuk pemprosesan imej
- Skrin & resolusi telefon pintar
Jangan terperangkap dengan kempen pembuat telefon mengatakan gambar telefon pintar mereka hasilkan adalah "True Color" atau "Live Color" sebab warna gambar akan berubah kerana diproses semula (optimization) oleh aplikasi lain yg kongsikan gambar tersebut.
Contoh terbaik & paling ketara, di Shopee Chat. Gambar² dikongsikan disini adalah kabur & warna lebih vivid dengan saturasi super tinggi, hasil dari optimasi App Shopee tersebut.
Bagaimana nak buat rujukan warna beli online?
Disini Artie ingin kongsikan panduan bagaimana nak match padan warna baju dengan tudung yg akan dibeli online nanti.
Cara ini hampir 99% berjaya menyelesaikan masalah warna matching tudung, kerana output imej dikirimkan adalah sama dengan output imej yg akan diterima oleh Seller nanti.
Begini cara² serta panduan nak buat color match ketika beli tudung online, 5 langkah mudah saja...
Langkah 1.
Pergi ke Google Search dan taip " [warna anda] color pantone " (tanpa quote)
Langkah 2.
Naikkan cahaya skrin telefon pintar 100%.
Langkah 3.
Scroll tona warna diberikan Google & rapatkan telefon pintar ke kain baju anda.
Langkah 4.
Sudah dapat warna hampir sama, download gambar pantone tersebut di Google ke telefon bimbit anda.
Langkah 5.
Share gambar di download tersebut ke Seller untuk mereka match warna tudung.
Mudahkan? Gerenti, warna tak lari, pilihan warna nanti akan sama atau hampir sama dengan warna diperlukan.
Nak tahu berjaya atau tidak? Minta Seller tangkap gambar warna tudung dipilih dengan gambar yg anda kongsikan tersebut. Contoh seperti dibawah...
Hasil dari tangkapan tesebut akan menunjukkan tona warna sama, walupun output saturasi warna sedikit berlainan.
Nak guna teknik sama cari warna² tudung tertentu pun boleh guna kaedah ini. Tak perlu ingat code warna, tak perlu ingat warna sebutan atau nama warna pun 🤔.
Apa... Seller tak nak bantu?
Tak mengapa, ada beribu lagi kedai online & berjenama dengan khidmat bantuan terbaik untuk bantu anda. Chat dulu dengan Seller, jika tiada maklumbalas, cari yg lain - internet ini luas & memudahkan.
Lihat review² pengguna yg telah dapat khidmat nasihat dari Seller disini >>> https://mycollection.shop/hijab.co
Rata² 5⭐ diberikan kerana terus membantu pengguna membeli tudung online - dapat info kain & warna yg tepat.
Kongsikan pengalaman anda beli tudung online kerana salah color @ salah pilih. Share di ruang komen dibawah, semoga dapat dimanfaat pembaca nanti yea 🤗.
Kain tak tebal dan tak terlalu nipis. Overall selesa. Warna seperti dalam gambar.
BalasPadamBawal cantik & tak keras. Lembut je material. Kelim memang kemas. Next time nak repeat color lain pulak. Memang puas hati beli dengan seller ni ❤️
BalasPadamSeller respond dgn baik dn cpt bila ditanya…tq saller..kain best
BalasPadamWarna sedikit terang berbanding gambar dlm shopee..tapi masih cantik & sweet. Recommended seller.
BalasPadamAlhamdulillah senang berurusan.. Ada sedikit reject tp dh d gantikan dgn yg lain.. Tq sgt2 servis baik sini.. Kalau nk oder len bley oder sini 😘😘laju plak tu dia hantaq ganti.. I love sgt2
BalasPadam