Add to Cart Lihat Seterusnya...

10 Tip Penjagaan Mesin Steampress oleh Pengguna Lebih 8 Tahun Guna (Mesin Sama)

Body mesin steampress patah, cover mesin steampress berlubang 😱. Dikhabarkan mesin founder beli di sini 8 tahun yg lalu terus berjasa! 

Mesin steampress tekap manik baju tuudng kaftan

Ini tips nya dikongskan founder-founder...

  1. Plug wayar mesin terus ke soket dinding.
  2. Elak guna wayar extension murah². Jika perlu gunakan extension wayar, guna jenis wayar tebal.
  3. Elak guna secara terus menerus berjam-jam, beri masa rehat bila perlu.
  4. Amalkan cuci/lap tapak alas pemanas sebelum mulakan kerja.
  5. Jika tidak digunakan, ketika sejuk, turunkan handle penuh & lock. Jika tidak lock tekanan hidraulik press boleh melemahkan struktur body mesin.
  6. Tukar pelapik padding jika perlu. Hamparkan kain lain sebagai pengalas jika diperlukan.
  7. Lap & bersihkan habuk/kotoran disekeliling mesin dari masa ke semasa.
  8. Guna mesin di ruang terbuka & mempunyai pengudaraan baik. Jauhi dari anak².
  9. Jika lama tidak menggunakan fungsi stim air, isikan botol air tersedia & 'prime' motor semburan air hingga semburan stim terkeluar.
  10. Sentiasa lock handle mesin jika tidak digunakan.

Diharap tips² ini dapat membantu...

Nak tengok spec mesin steampress tampal manik baju & tudung ada disini.
Beratus helai tudung/jubah sehari tekap manik, berpuluh ribu founder² dapat hasil jualan. 

Memang padan pun mesin steampress brand ini sangat disukai pemilik² butik & founder² tudung/kaftan. Boleh servis di mana² kedai baiki barang elektrik terdekat.

Klik butang "Whatsapp" utk info lanjut - Admin peramah & jawab semua soalan tau!

Whatsapp saja ke wa.me/60179800177 perlukan bantuan - bincang² sampai jadi!

Owh... Tag tudung baru 10 sen satu, jenis woven, paling murah dipasaran pun ada. (Bukan jenis cop print tau 😰).

Post asal di laman Facebook kami.
Spesifikasi penuh mesin tekan manik digunakan founder2 ada disini >>> https://www.galeriartie.com/2020/06/mesin-steam-press-iron-tampal-manik.html  

#mesinsteampress #mesintekapmanik
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjqz4L8cUni0-O1ptT4DI6IzTJBxhZrlz3jZ06OXeqD0g2_MJQPCr0yHlRjAFlITeehrLFDpVKBw5jV3u52_2kfkyBmkGE1aWWnsGmE7nEUfVQo6yhtIOOQa8wFV3uWkYZXZ68noCGmAt3RyQf0q07Wm7fwlvVyjwCr4NfIIxQ8C8nnhu2K8fS5BrmKZQ/s72-w480-c-h640/InShot_20220828_111309526.jpg
Add to Cart Lihat Seterusnya...

Evolusi Baju Kaftan Dress Kelawar Pasca PKP Berhias Eksklusif

Perintah Kawalan Pergerakan PKP yang lalu, tiba² saja permintaan & jualan baju kaftan dress online meningkat berkali ganda.

Berkemungkinan muslimah² tidak dapat keluar rumah kerana sekatan tersebut, pemakaian kaftan yg selesa dirumah mengakibatkan lonjakkan permintaan & jualan baju² kaftan, yang juga di panggil baju 'kelawar' ini, menjadi sangat luar biasa.

Rekaan baju kaftan dress kelawar manik DMC & Copy

Setelah lega PKP, baju kaftan dress terus menjadi pilihan gaya baru pemakaian muslimah², dipakai bersahaja untuk bersantai & keluar bersiar.

Rekaan baju kaftan yg lurus & besar berjaya mengelakkan nampaknya bentuk badan wanita muslimah, seolah seperti memakai jubah pula.

Dahulunya baju kaftan didatangkan dengan kain bercorak printed bunga & geometrik. Selepas itu corak² moden abstrak pula menjadi pilihan bagi wanita² moden di bandar.


Baju kurung moden hias manik 3d dmc & copy

Kini, baju kaftan dress plain menjadi pilihan kerana mudah dipadan gaya serta ditambah nilai dengan manik² berbentuk kerongsang atau dokoh dengan berbagai motif & design.

Manik² 3D diamente machine cut (DMC) & manik Copy berjaya membuatkan baju2 kaftan kelihatan eksklusif ketika dipakai.

Manik² dengan susunan corak alam, flora & geometri terus menjadi pilihan penggemar² baju kaftan begini.

Nak tengok design² manik bentuk dokoh atau kerongsang untuk baju kaftan dress ada disini >>> https://www.galeriartie.com/2022/11/sticker-manik-bentuk-kerongsang.html.

Nak padankan tudung bawal sulam dengan baju kaftan anda ada disini >>> https://www.galeriartie.com/2022/09/bawal-sulam-cotton-voile-premum-kelim.html.

Agak² sudah berapa pasang baju kaftan di dalam almari anda? Kongsikan berapa pasang baju 'kelawar' koleksi anda di ruang komen nanti yea...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiKjnbVZTbIjUhb_GmHeHrPjmRzqiZQHu2VONJqO1AItcQ-caLdewDnHqUb2WqSO0RbgI9q3t4iVxxPGBIFUbDO7VcDwGMEQPBaTaHS1FEPc6j9pbDPR8kyHShDHza9GGfftyg44Hif-giORlF4YyoaJ6ppvhzE2JHydDb3xX7cvdTnq5MAEKf5BKlKsQ/s72-w640-c-h640/IMG_20220412_022909.jpg
Add to Cart Lihat Seterusnya...

Baju Kurung Johor Moden Hiasan Manik 3D Lebih Anggun

Baju kurung Johor moden, inspirasi rekaan baju kurung Riau yang memadankan aksesori² hiasan di bahagian dada, kini di tambah nilai dengan rekaan manik bentuk berlian atau kristal (manik 3D).

Baju kurung Johor moden ini masih mengekalkan leher baju teluk belanga tetapi panjang baju disingkatkan sedikit, tidak sampai paras lutut. Asalnya baju kurung Johor ini panjang, dengan memendekkannya sedikit, ia memudahkan pergerakan & langkah si-pemakai, oleh itu sesuai bagi wanita² moden yang aktif bekerjaya.

Kolaborasi Busana Qiss Johor

Baju kurung Johor moden juga direka mengikut bentuk badan sedikit, namun tidak keterlaluan atau nampak ketat. Sesuai dengan perkembangan industri fesyen semasa, rekaan baju kurung Johor tampil lebih segar (fresh), oleh itu berjaya menarik minat wanita² moden untuk memakainya.

Aksesori baju kurung Riau banyak memberikan inspirasi kepada baju kurung Johor moden ini. Berbagai rekaan kerongsang atau dokoh di padankan kerana baju kurung Johor lazimnya menggunakan fabrik 1 warna, plain & tanpa corak.

Kolaborasi Busana Qiss Johor

Bagi menambah nilai baju kurung Johor supaya tidak kelihatan biasa², manik² berbagai rekaan berbentuk kerongsang atau dokoh dijadikan perhiasan.

Susunan manik² yang tidak keterlaluan membolehkan si-pemakai tampil lebih eksklusif & bergaya, untuk digayakan pada hari lebaran, untuk ke majlis rasmi, majlis² jemputan mahupun ke pejabat.

Kolaborasi Busana Qiss Johor

Kolaborasi Qilafairy Exclusive Johor

Nak tengok design² terbaru sticker manik bentuk kerongsang dokoh? Design² manik 3D tersebut ada disini.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgeIG5pgGKFlmUqmzpsq3HPPqi1bG6iBtuvcazBvNKfzvnYoG-JlbHQpSDHAX8w8KINMnA_q2nvksdkzhtJOwf08C1xpNCcsZ5mvhORTFSKXNVjmYiYVcZLmS1sQqhTWUNZddGrUGbosbeE9IBzniGvyKKRlFZ4rkgJDWnPdBPIW6-qAQpUCx6NDEMvwQ/s72-w480-c-h640/IMG_20221130_130155.jpg