Dalam kesibukan Mega Sale Hari Raya 2015 di butik kami di Jalan Merbau & pusat borong Jalan Temenggong, pihak webmasters kami sempat meningkat taraf beberapa keperluan atas talian milik kami demi kelangsungan kami dalam memeartabatkan industri fesyen hijab di Malaysia.
Laman Web Baru
Kini laman web Artie Natasha berwajah baru & boleh beroperasi dari komputer riba sehinggalah ke telefon pintar (smart phone). Laman web kami menyediakan galeri penuh rekaan tudung terbaru & sebelumnya jenama Artie Natasha bagi kemudahan bukan sahaja peminat hijab, malah untuk rakan niaga, Artie Natasha Executives (dropshippers) & juga staf Artie Natasha sendiri.Pengaktifan Channel Youtube Artie Natasha
Kini segala maklumat, bahan kongsi & juga tutorial pengayaan tudung terkini yang dihasilkan oleh kami di Artie Natasha boleh dilihat di Channel Youtube rasmi kami di www.youtube.com/c/artienatasha .Berikut adalah trailer semasa Channel Youtube Artie Natasha. Trailer menggambarkan serba sedikit apa yang kami, sebagai pemilik jenama tudung Artie Natasha boleh membantu anda.
Laman Rasmi Butik Dunia Tudung Artie Natasha di Facebook
Akhirnya setelah berbulan-bulan lamanya, kini Fanpage Places Dunia Tudung Artie sudah dimiliki sepenuhnya secara rasminya di Facebook . Ini bermakna, segala kemaskini & postingan terbaru di laman fanpage tersebut datangnya dari pihak pengurusan Dunia Tudung Artie Natasha Jalan Merbau Kota Bharu Kelantan & bukannya dari pihak ketiga.Secara berperingkat segala postingan yang berkenaan butik seperti stok produk, capaian stok terbaru, aktiviti semasa di butik (seperti sale & best buy) & pejabat Artie Natasha akan dikongsikan disini.
Manakala, di Fanpage Artie Natasha www.facebook.com/galeri.artie segala maklumat berkenaan rekaan tudung Artie Natasha, info tudung terkini, perkongsian tips fesyen hijab & dunia tudung semasa secara keseluruhannya akan dikongsikan.
Demi untuk membolehkan capaian fans kami secara segera di mana-mana laman sosial kendalian kami, mereka boleh juga membeli-belah secara online tudung kegemaran mereka dengan hanya menekan butang Shop Now pada laman Fanpage masing-masing.
Semoga ia memberikan lebih kemudahan buat semua peminat & rakan niaga di atas talian. Selamat berpuasa & sentiasa berjimat ketika berbelanja lebih-lebih lagi ketika musim perayaan.
0 Comments:
Catat Ulasan
Ulasan, komentar & pandangan diterbitkan adalah hak & tanggungjawab masing2. Ketahui lanjut dasar Polisi Privasi laman kami.