Goods & Service Tax (GST) Diperkenalkan
Kami di Artie Natasha akur akan kelemahan pergurusan perniagaan. GST memberi rahmat kepada kami utnuk memperkemaskan lagi semua urusan pejabat.
Sebagai usahawan serta pemilik perniagaan, kami juga tidak terkecuali untuk dikenakan cukai pelbagai perkhidmatan (GST) sebanyak 6% oleh kerajaan Malaysia melalui agensi berkaitan/bertanggungjawab. Namun ia tidak sedikitpun menjejaskan nilai harga jualan tudung jenama kami baik dari pembelian borong mahupun pembelian secara runcit (retail).
Pihak pengurusan tertinggi Artie Natasha bersetuju untuk meyerapkan nilai 6% GST dalam semua harga jualan tudung jenama kami. ini bermakna harga tudung siap sarung kami akan kekal pada harga lama sebelum berlangsungnya GDT tersebut.
Begitulah pengorbanan kami di Artie Natasha bagi memastikan pengguna & fans tudung jenama kami tidak terus tertekan dengan berbagai peningkatan harga yang melanda negara kita di Malaysia ketika ini.
0 Comments:
Catat Ulasan
Ulasan, komentar & pandangan diterbitkan adalah hak & tanggungjawab masing2. Ketahui lanjut dasar Polisi Privasi laman kami.