Kain tudung bawal ini juga bergantung kepada jenis kain bawal ia diperbuat. Kini kain tudung bawal digelar "Kangaroo" menjadi pilihan pengguna/peminat fesyen hijab di Malaysia.
Tidak ketinggalan, tudung bawal jenama Artie yang boleh diperolehi di +Dunia Tudung Artie Natasha Jalan Merbau, Kota Bharu Kelantan secara helai atau borong, adalah dari kain yang nipis tetapi sangat tahan jika diulang guna/basuh setanding dengan jenama yang lain di pasaran.
Kini kami berkongsikan langkah-langkah mudah menjaga kain tudung bawal ini serta tips kaedah penjagaan mana-mana tudung bawal yang ada di pasaran.
- Hanya basuh dengan cucian tangan, tidak menggunakan berus atau menggunakan mesin basuh.
- Elok rendam seketika dengan sedikit sahaja bahan pencuci (yang lembut sahaja).
- Dilarang menggunakan peluntur pakaian.
- Gosok-gosokkan (dengan lembut) dengan tangan, kemudian membilas air sabun tersebut & terus sidai untuk kering.
- Jika inginkan kaim tudung bawal anda kelihatan keras, elak menggunakan pelembut pakaian (softener) kerana ia akan membuat kain tudung bawal anda lembut serta susah dibentuk ketika dipakai.
- Apabila meyidai tudung untuk dikeringkan, elak pancaran matahari secara terus (direct sunlight), warnanya akan lebih tahan lama.
- Jika desain tudung bawal anda mempunyai batu-batu kristal, manik atau berlian, gosok sahaja tudung bawal anda tersebut dari sebelah dalam.
- Jika menggunakan seterika untuk menggosok, lapikkan bahagian batu-batu kristal, belian dan manik dengan kain untuk mengelakkan dari melekat pada seterika.
- Sentiasa simpan tudung bawal secara bergantung serta persekitaran yang kering, atau anda boleh mengikat di hujung tudung bawal dengan penyangkut baju.
- Padankan pemakaian tudung bawal anda dengan kerongsang yang mempunyai pin/jarum yang sentiasa tajam supaya tudung bawal anda tidak akan berlubang-lubang kerana penggunannya.
Kami di +artie natasha berharap tips-tips mudah penjagaan tudung ini boleh membantu mengekalkan bukan sahaja koleksi tudung bawal Artie malah tudung-tudung bergaya anda yang lain.
Penjagaan tudung yang betul boleh memanjangkan lagi usia penggunaan kain tudung bawal anda supaya kain tersebut lebih tahan, kelihatan segar, warnanya kekal dan tidak mudah rosak.
0 Comments:
Catat Ulasan
Ulasan, komentar & pandangan diterbitkan adalah hak & tanggungjawab masing2. Ketahui lanjut dasar Polisi Privasi laman kami.