Lilin Melampau Rosakkan Tudung - Lagi Tips Mudah Keraskan Awning

Kain tudung bawal lembik, terlalu lembut & susah pula dibentuk ketika dipakai? Kini ada tips mudah keraskan bahagian awning tudung bawal atau shawl guna peralatan sedia diruma sahaja 😱.

Pada umumnya, ada 2 cara paling mudah yang boleh digunakan, cara yang lebih ekonomi mahupun memerlukan membeli produk pengeras kain.

Pssst... ramai review tudung bawal cotton voile Japan awning on-point tak perlu nak keras²kan. Contoh kain tudung bawal tersebut ada disini >>> bawal cotton voile Japan.

Tips keraskan awning tudung bawal mudah simple on-point

Tips Menggunakan Lilin (Lebih Ekonomi)

Mudah sahaja kaedahnya. Hanya perlu gosokkan, secara ringan hujung lilin dengan perlahan pada tempat yang anda ingin bentukkan.

Ia bertujuan untuk mengeraskan tudung yang lembut itu pada bahagian yang anda tentukan itu, agar anda boleh mendapat bentuk yang lebih tajam & keras.

Bagi individu yang berwajah bulat, melakukan kaedah ini mengelakkan dari kedudukan kain tudung bawal anda "jatuh" & menepek pada dahi.

Keraskan awning tudung dengan iron seterika jimat mudah

Cara² Guna Lilin Keraskan Awning Tudung

1. Sapukan rata lilin secara memanjang pada tudung atau shawl tersebut dari bawah leher hingga ke hujung kawasan dahi.

2. Setelah disapu, gosok dengan seterika, pada kepanasan perlahan & lilin yang di sapu itu akan cair & melekat pada kain tudung atau shawl.

Perlu ber-ingat! Jangan sapu keterlaluan lilin atau terlampau tebal kerana ia akan menampakkan tempekan lilin.

Akan lebih jelas kelihatan lilin pada tudung nanti bila dipakai. 

Jika lilin berlebihan, ia akan memberikan tona berwarna pada kain tudung bawal/shawl anda nanti.

Jika disapu lilin berlebih² pula, tudung bawal atau shawl anda akan menjadi terlalu keras & lilin sukar pula untuk ditanggalkan jika dibasuh.

Kaedah ini lebih jimat & ekonomi.

Guna lilin berwarna putih sahaja! Lilin berwarna akan memberikan tona warna berlainan kepada tudung bawal/shawl anda & ada ketika boleh merosakkan kain kerana pigmen warna lilin berlebihan.

Tips keraskan awning tudung bawal mudah simple on-point

Kaedah Fabric Starch/Spray Kanji

Biasanya 'fabric starch' ataupun semburan kanji digunakan untuk memudah kerja-kerja menggosok pakaian yang mempunyai kedutan melampau. Ada yang berpendapat, 'fabric starch' sesuai digunakan pada pakaian sahaja.

Sebenarnya semburan kanji ini boleh digunakan pada tudung atau shawl yang ingin dipakai atau digayakan. 

Kaedahnya sama seperti menggunakan lilin, cuma dengan kaedah semburan, ia lebih mudah & cepat.

Cara² guna Fabric Starch Keraskan Awning

1. Sembur pada bahagian awning tudung bawal/shawl yang ingin anda bentukkan.

2. gosok dengan seterika pada kepanasan perlahan/sederhana.

Dengan menggunakan fabric starch, tudung tidak kotor atau bertukar warna serta 'fabric starch' ini mudah tertanggal setiap kali dibasuh.

Menggunakan kaedah fabric starch ini memerlukan sedikit bajet berbanding penggunaan lilin, namun jika masa anda suntuk, tidak menjadi masalah jika ingin cepat, mudah dan kelihatan cantik sentiasa.

BONUS: Dapatkan tips untuk membuang lapisan lilin tebal pada kain tudung dengan super mudah! Sila baca ruang komen dibawah, atau boleh ke Post kami disini >>> https://www.galeriartie.com/2023/12/cara-hilangkan-bekas-keras-lilin-pada.html

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhfv-G8b5k45S1XkKylAsgboQv7TvpWVnwyIIttL_JQ9DUepcHY-ZSRrLtfqgPTFcAMIy51VG9S29UpJQ1GIb_rLovVBQWlF3sGppS-E3n_N_fVTC17uyibVVGoalOzs7x6Mwb9RHdH5gmucHHzcShVVQqzqTRiVEEqWBs9lVHNbLdq7pnvxX3ExAp0_aFS/s72-c-rw/tudung-awning-on-point-keraskan-awning.webp

15 ulasan:

  1. Tanpa Nama06 Januari

    Kalau guna untuk tudung sekolah boleh x.��

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tudung sekolah pun boleh. Tp skrang nih ramai guna tudung instant sj utk tudung sekolah sbb sudah siap dgn cap. Tapi tebal seikit lew sebb guna kain lycra atau tshirt.

      Padam
  2. Tanpa Nama22 Mei

    tapi kn camna nk guna lilin..maksud sye..camne nk taruk lilin tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika pd bawal, sapukan secara rata bahagian DALAM kawasan lipatan segitiga tudung selebar 3-4inci dan pjgnya lebih kurang capping anda inginkan, bermula dr tengah. Seeloknya selepas anda iron bawal tuh sbb kain masih panas. Kemudian bila pakai, lipat spt biasa dan bhgian tengah (capping) akan lebih steady dn keras sdikit.

      Apa yg akk slalu buat bila dh beli lilin, kerat lilin tuh lebih kurang 3-4 inci panjang so senang nk roll sambil sapukan di kawasan lipatan segitiga tersbut.

      Yg penting, jgn sapu lilin byk sgt, hanya sapuan ringan sahaja bg mudahkan lilin tanggal bila dibasuh. Jika terlalu tebal lilin itu, nampak kesan ketika pakai dan terlalu keras pula capping.

      Harap ia membantu.. ;)

      Padam
  3. Macam mane nk hilangkan kesan lilin dekat awning tu? Bile dah lilin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada dikongsikan tutorial dibawah (ruang komen) cara mudah hilangkan kesan lilin pada tudung. Selamat mencuba yea..

      Padam
  4. Cmne nk hilangkan kesan lilin tu...sbb sye buat nmpk kesan lilin pada tudung

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada dikongsikan tutorial dibawah (ruang komen) cara mudah hilangkan kesan lilin pada tudung. Selamat mencuba yea..

      Padam
  5. Salam akak cemana nak hilangkan lilin yg terover tuh 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh rujuk tutorial hilangkan lilin dengan mudah guna seterika & kertas A4 dikongsikan di ruang komen dibawah. Selamat mencuba...

      Padam
  6. Nanti lama ii jadi bekas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, kalau tersapu lilin banyak sangat. basuh pun tak hilang, boleh guna teknik mudah di ruang komen dikongsikan utk hilangkan lilin dengan seterika saja, selamat mencuba

      Padam
  7. Alamak, ada bekas lilin pada tudung bawal?
    Lilin berbekas tebal pada tudung tak hilang bila basuh?

    Jangan risau, hilangkan dengan super mudah, berikut langkahnya..

    1. Panaskan seterika pada suhu "Cotton"
    2. Bentangkan tudung dengan kesan lilin di tempat rata. bahagian lilin menghadap atas.
    3. Ambil sekeping kertas A4 bersih, letak pada bahagian lilin yg nak dihilangkan.
    4. Ketika seterika panas, gosok atas kertas A4 sehingga ternampak permukaan kertas jadi berminyak.
    5. Angkat kertas A4 perlahan
    6. Ulang langkah #4 & #5 dengan permukaan kertas baru atau kertas A4 yg baru sehingga tiada kesan berminyak pada kertas.

    Selamat mencuba!

    BalasPadam
  8. Comfortability: ok

    Material: ok

    Senang dibentuk…. Warna pun cantik, susah nak cari warna ni nasib jumpa. Kain ok tk licin…. Puas hati, harga pin berpatuttan… bolehlah nk buat tukar tukar g opis

    BalasPadam

Ulasan, komentar & pandangan diterbitkan adalah hak & tanggungjawab masing2. Ketahui lanjut dasar Polisi Privasi laman kami.

Menarik Minggu Ini...

Status Produk

Berikut adalah panduan & keterangan berkenaan status produk:-

  • Nilai Hebat - Produk berstatus jualan dengan lebih nilai dari harga asal.
  • Terbaru - Produk baru dilancarkan, kurang dari 10 hari dari warktu penyenaraian.
  • Restok - Produk telah ditambah stok & mempunyai bilangan mencukupi untuk edaran.
  • Tiada Stok - Produk sudah kehabisan stok.
  • Terhad - Produk mempunyai kuantiti/saiz/warna/kombo warna terhad.
  • Tamat Keluaran - Produk tidak diedarkan.

Penghantaran

Ketika ini kami di #galeriartie menyediakan khidmat penghantaran seperti berikut:-

Semenanjung Malaysia

  • Pos Laju - penerimaan pakej 1-3 hari bekerja. (*)
  • CityLink - 90% penerimaan pakej dalam 24 jam. (*)
  • J&T Express - penerimaan pakej dalam 1-3 hari bekerja. (*)
  • Logistik - penerimaan pakej hari sama pick up di rangkaian pekhidmatan logisitk terpilih.

(*) Bergantung kepada persekitaran & keadaan semasa.


Sabah & Sarawak

  • Pos Laju - penerimaan pakej 3-6 hari bekerja.
  • J&T Express - penerimaan pakej 3-6 hari bekerja.
  • CTSI Logistik - Mel udara, postage bayar ketika terima 3-5 hari.

Brunei, Singapura & Thailand

  • Penerimaan pakej di negeri M'sia bersempadan - jimat kos & cepat.
  • International mail service Pos Laju Malaysia

Lain-lain Negara

  • Berdasarkan perbincangan.

Kaedah Pesanan

  1. Membuat pesanan terus di laman web galeriartie.com atau menerusi aplikasi Whatsapp, Wechat, Facebook, Telegram & sebagainya.
  2. Pesanan di proses & kam akan berhubung untuk tujuan pengesahan & semakan stok.
  3. Perincian pesanan & kemaskini pembayaran disertakan.
  4. Membuat pembayaran & mengirimkan salinan.
  5. Pesanan dihantar melalui perkhidmatan penghantaran yang dipilih.
  6. Pesanan sampai ke destinasi dalam jangka waktu ditetapkan.

Pesanan Borong

  1. Ketika ini pesanan borong hanya dikhaskan untuk ahli niaga berdaftar dengan www.galeriartie.com
  2. Pesanan borong adalah bagi jumlah produk melebihi 10 unit (bawal), 100pcs (sticker).
  3. Pesanan adalah berdasarkan capaian stok semasa.
  4. Nyatakan warna, design yang diperlukan (jika perlu).
  5. Penerimaan bayaran sebelum 12 tengahari waktu bekerja Kelantan - penghantaran dilakukan pada hari sama.
  6. Penerimaan pembayaran selepas 2 petang waktu bekerja Kelantan - penghantaran dilakukan hari bekerja berikutnya.

Pesanan Dropship

  1. Ketika ini pesanan dropship hanya dikhaskan untuk ahli berdaftar dengan www.galeriartie.com
  2. Pesanan dropship boleh dilakukan di laman web ini & atau melalui aplikasi Whatsapp, Facebook, Telegram
  3. Nyatakan warna, design dipesan.
  4. Pesanan adalah berdasarkan capaian stok semasa.
  5. Sila sertakan maklumat penerima seperti nama penuh, nombor telefon, alamat penghantaran serta poskod.
  6. Masukkan butiran Agen seperti nama & nombor telefon diruang AGEN. Kemudian tekan butang serah.
  7. Penerimaan pembayaran sebelum 12 tengahari waktu bekerja Kelantan - penghantaran dilakukan pada hari sama.
  8. Penerimaan pembayaran selepas 2 petang waktu bekerja Kelantan - penghantaran dilakukan hari bekerja berikutnya.
Dengan menekan "Add to Cart" & "Hantar Pesanan" anda telah bersetuju, membaca & memahami keterangan yang tertera pada laman disediakan.
Warna atau kombo warna produk akan ada sedikit perbezaaan tona kerana faktor resolusi skrin & pencahayaan ketika pengambaraan.

Liputan & Disiarkan Media

Tudung Bawal Artie di Harian Metro
Borong tudung bawal tv1 rtm Malaysia
Borong tudung di THR Gegar
Borong tudung bawal sticker hotfix Kota Bharu

Kilang tudung bawal sulam bawal asli exclusive cotton voile Japan borong tudung dari kilang, Bawal Kelantan kilang tudung satin crepe cotton voile murah stok bersedia.