Hari ini Artie Natasha telah mendapat email dari Google+ Team untuk kemaskini custom URL Akaun Google+ ArtieNatasha. Walaupun sudah lama juga Google memberikan pautan URL kustom (custom URL link) kepada pengguna Google+, kali ini Artie Natasha pula menerima link tersebut.
Seperti mana-mana laman sosial, segala kemudahan haruslah digunakan sebaiknya. Artie pernah ingat kata-kata webmaster Artie dahulu berkenaan Google Plus, Facebook, LinkedIn, Twitter dan seterusnya, tentang keupayaan laman sosial dalam mengembangkan sesuatu perniagaan on-line mahupun off-line.
Bukan apa... Dahulu Artie tidak percaya bahawa hampir 92% dari kustemer webmaster Artie tuh datangya dari internet. Dan kini Artie Natasha pula mengikuti jejaknya dan alhamdullilah banyak juga pesanan dan klien baru datangnya dari laman web (website) artienatasha.com.
Kini Artie Natasha dan staff Artie Fesyen Textile bertekad untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik on-line mahupun off-line. Lebih-lebih lagi pesanan tudung Artie Natasha dan Tudung bawal Artie secara borong harus dikirimkan dengan segera dan selamat kepada kustemer yang membuat order.
Join Artie di Google+ di +galerirtie & add kami di circles anda. Artie pasti akan add kalian semua kerana bersama-sama dalam mengembangkan industri masing-masing.
Boleh juga add Artie sebagai rakan Facebook di https://www.facebook.com/galeri.artie dan Like page kami di https://www.facebook.com/artie.natasha.butik .
Blog www.artienatasha.com adalah sebuah ruang dimana Artie Natasha kongsikan pengalaman Artie dalam perniagaan tekstil terutamanya merekabentuk, membuat dan memasarkan tudung jenama Artie sendiri, yang kini sudah hampir ke seluruh Malasyia.
Ini berkat sokongan peniaga (yang membeli borong) dan peminat fashion muslimah tempatan kerana yakin dan percaya galeri tudung Artie Natasha adalah eksklusif pada kelasnya tersendiri dengan harga yang jauh lebih rendah dari pesaingnya dengan kualiti yang sentiasa terjamin.Tak percaya? Datang sendiri ke butik-butik kami di Kota Bharu, Kelantan... :-) Atau boleh hubungi +60175168305 untuk sebarang pertanyaan.
0 Comments:
Catat Ulasan
Ulasan, komentar & pandangan diterbitkan adalah hak & tanggungjawab masing2. Ketahui lanjut dasar Polisi Privasi laman kami.