Dalam menghadapi kenaikan harga minyak petrol, harga tariff elektrik, harga sekilo gula serta barangan produk asas masa kini di Malaysia, kita perlu bersedia dalam apa jua sekalipun. baik untuk pengguna mahupun peniaga.
Ibu dan ayah Artie pernah berkata "...lebih elok kita menempuhinya dari kita terus mengelak...". memang benar kata-kata orang lama, walaupun kenaikan harga barangan, Arite dan staff Artie di Artie Fesyen Textile Kota Bharu juga tabah menghadapi perubahan sebegini.
Walaupun pihak kerajaan pusat mahupun tempatan telah mengambil segala bentuk bantuan bagi menghadapai situasi sebegini, namun kesannya terus kepada pengguna. Lebih-lebih lagi bagi middle income group. Tidak dilupakan kepada peniaga yang mana, kustemer di Artie Natasha sendiri juga meluahkan rasa kecewa mereka.
Oleh itu, berikut Artie Natasha kongsikan beberapa langkah yang kami lakukan bagi menghadapai masalah keniakan harga barangan perlu di Malaysia kini. Ia sesuai juga bagi para peniaga kerana kebanyakan langkah ini dilakukan bagi memastikan harga koleksi tudung kami sentiasa pada harga teristimewa :-
Menghadapi kenaikan harga petrol.
Gunakan kaedah penghantaran secara berjadual. Sebagai contoh, stok kain dan koleksi Tudung Artie Natasha dan tudung Artie kami lakukan secara berjadual diantara kilang kami di Pengkalan Kubor, stor dan di kedua-dua butik kami di bandar Kota Bharu. Kami pastikan ia adalah one-way-trip, secara berjadual/berkala supaya bekalan sampai dengan jayanya, selamat dan jimat!
Penjimatan kos penghantaran persendirian sehingga kini - 25% dari penggunaan biasa.
Menghadapi kenaikan perkhidmatan penghantaran
Kebanyakan dari vendor penghantaran yang bekerjasama dengan kami telah berurusan selama lebih dari 4 tahun lagi. Mereka bersama kami sejak sebelumnya pelancaran koleksi Tudung Natasha pada 2007-2009. Oleh itu, dengan membuka akaun dan pengurusan yang strategik untuk menghantar pesanan kustemer setiap hari, setakat ini tiada kenaikan telah diberitakan.
Penjimatan kos penghantaran/pesanan tudung ke kustemer - 0.
Menghadapi kenaikan produk berasakan petroleum.
Pertoleum bagi kami bukan sekadar pada penggunaan kenderaan sahaja. Kami juga menggunakan bahan asas petroleum untuk pembuatan/persiapan kain dan koleksi-koleksi tudung Artie Natasha di kilang kami. Tetapi sejak 2012, kami telah mula menggunakan bahan berasaskan air (waterbase) bagi penggunaan warna dan corak di koleksi tudung kami termasuklah corak lukisan batik pada rekaan eksklusif tudung kami.
Dengan menggunakan bahan berasaskan air sebagai pewarna, ia juga selamat untuk alam persekitaran kerana ia mudah disejat mahupun dilupus. Peminat koleksi tudung-tudung kami menggunakan warna yang lebih tahan dan kekal. Ia disokong dengan penjenamaan koleksi tudung kami yang memerlukan berbagai kriteria serta kelulusan untuk memperolehnya.
Penjimatan barangan produk berasaskan petroleum sehingga kini - hampir 65%
Menghadapi kenaikan harga gula.
Walaupun gula bukannya sebahagian dari asas produk tudung kami, tetapi staf-staff kami di Artie Fesyen Textile semuanya gagah belaka! Maklumlah, kesemuanya lelaki, dan memerlukan lebihan gula kerana bekerja keras menguruskan penghantaran dan pesanan kustemer setiap hari sampai melebihi 100kg untuk pesanan seseorang.
Lagipun kami semua berasal dari negeri Che Siti Wan Kembang dan terkenal dengan kemanisan makanan, minuman dan orangnya ...ehem... :-)
Oleh itu, Artie pastikan staff-staff Artie sentiasa dalam keadaan sihat, mengadakan program-pragram berkala seperti permaianan Futsal, program komuniti dan sebagainya. Alhamdullialah berkat serta keizinan Yang Maha Berkuasa, kesemua staff-staff Artie dan Artie sekeluarga sihat-sihat belaka.
Menghadapi kenaikan tarif elektrik
Memang sudah dijangkakan kenaikan harga tariff untuk elektrik. Kami di Artie Natasha sudah tentu menggunakan kadar elektrik yang melampau setiap hari. Dengan adantya butik dan kilang menjahit dan membuat kain, sudah tentu bil elektrik melambung bukan?.
Kini Artie cuba praktikkan penggunaan auto switch bagi barangan kegunaan elektrik di premis-premis kami. Ia juga diaplikasikan pada sistem air-cond, kipas, peti ais, mesin jahit, serta mesin-mesin pembuatan kain kami yang lain. Diharap mesin-mesin elektrikal tersebut sentiasa dalam keadaan baik dnegan menggunakan auto switch yang boleh disetkan jangka masanya.
Tidak dilupakan, kami juga menggunakan lampu berkuasa rendah serta lampu LED dari jenama yang disyorkan, siap dengan segala kelulusan dari jabatan tenaga tempatan.
Penjimatan sehingga kini belum dirasakan sejak perubahan tariff elektrik beberepa minggu lalu. Ditambah pula kelewatan penerimaan bil elektrik sejak kebelakangan ini namun kami akan kemaskini dari masa kesemasa.
Kesimpulannya, walaupun perubahan ini tampak kecil, namun ia telah memberikan impak yang tidak disangkakan. Dengan pengeluaran pesanan tudung ketika ini melebihi 250kg bagi koleksi tudung batik, tudung ekin, tudung bawal, tudung jari hantu dan lain-lain ke seluruh Semenanjung Malaysia setiap hari, semoga kaedah yang kami lakukan ini lebih efisyen untuk kmi bekerja.
Ini tidak termasuk pembelian secara persendirian oleh peminat setia kami di kawasan persekitaran termasuk dari Kuantan, Kuala Terengganu, Alor Setar, Kuala Lumpur dan Kota Bharu, yang datang sendiri untuk mengambil pesanan mereka ataupun untuk shopping. Tidak dilupakan juga pelanggan on-line kami, yang tidak putus-putus membuat pesanan.
Semoga coretan kami dapat dimanfaat oleh pengguna terutamanya peniaga fashionista tudung di luar sana.
Tema Warna Trending Baju Hari Raya 2025 Sedondon
Busana "The Malaya" rekaan pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini untuk pasukan
Olimpik Paris 2024 Malaysia mendapat perhatia…
0 Comments:
Catat Ulasan
Ulasan, komentar & pandangan diterbitkan adalah hak & tanggungjawab masing2. Ketahui lanjut dasar Polisi Privasi laman kami.