Dalam memilih / membeli kain pasang mahupun kain ela, sebaiknya perhatikan beberapa perkara penting berikut iaitu kualiti kain tersebut dan corak atau warnanya.
Berikut adalah beberapa penerangan secara ringkas beberapa kain-kain pilihan utama kain pasang / ela sebagai panduan.
Kain Pasang Jenis Polyester
Kain pasang atau jenis ela ini dibuat dari bahan serat sintetik (synthetic fibre). Walaupun harganya lebih murah dan ekonomi serta mempunyai berbagai warna dan corak, fabrik ini kurang sesuai dipakai di negara yang beriklim tropika, iaitu panas dan lembab sepanjang tahun.
Secara amnya, bahan ini tidak akan menyerap peluh, dan boleh menyebabkan ketidakselesaan si pemakai. Manakala kelebihan kain polyseter jenis ini adalah ianya mudah dijaga serta tidak mudah kusut dan akan sentiasa kelihatan kemas serta rapi.
Kain Jenis Cotton
Kain kapas atau cotton biasanya lebih selesa dan sejuk dipakai berbanding dari kain pasang /ela jenis plyester. Harga dipasaran bagi kain kapas (cotton) juga ekonomi dan kini boleh diperolehi dengan berbagai warna dan corak tersedia.
Kain Pasang Jenis Kapas Penuh (Full Cotton - Cotton 100%)
Kain pasang dan kain ela adalah jenis pilihan kain pasang terbaik. Pemakain yang menyarungkan kain jenis ini akan lebih selesa serta lebih sejuk berbanding dengan kain pasang jenis kapas biasa,
Oleh kerana kandungan kapas yang seratus-peratus (100%), kain ela / pasang jenis ini lebih mudah kusut dan memerlukan penjagaan rapi.
Bagi memilih kain pasang atau ela yang dibuat daripada bahan 100% kapas, pengguna diminta untuk lebih berhati-hati kerana kini kebanyakan penjual kain pasang / ela akan mengakui produk mereka adalah kain kapas 100%.
Sebagai panduan, kain pasang atau kain ela jenis kapas 100%, adalah lebih lembut dan mudah kusut bila dipegang. Namun begitu, bahan pewarna juga memainkan peranan kerana hanya bahan warna yang terbaik sahaja boleh digunakan.
Kain Pasang Jenis Satin
Kain pasang atau kain ela dari jenis satin adalah juga seratus peratus (100%) kapas (cotton). Yang membezakan satin dengan kain cotton 100% adalah anyamannya.
Anyaman bagi kain pasang / ela jenis satin adalah bersilang-silang antara 1 benang dengan 4 hingga 7 benang yang lain. Semakin banyak benang yang menyilang terhadap benang lain, semakin lembut dan halus, sesebuah pengeluaran kain satin tersebut.
Namun begitu, semakin banyak anyaman bersilang diantara kain satin dan cotton, kain pasang jenis ini akadalah lebig rapuh apabila ia diberus ketika mencuci.
Antara ciri-ciri kain satin ini adalah seperti :-
- kain pasang yang berat
- berkilat pada permukaan
- kainnya agak tebal
- lebih lembut walaupun ianya tebal
Selain itu, warna yang digunakan juga mempengaruhi kelembutan sesbuah pengeluaran kain satin. Bahan yang menggunakan dari asas warna putih akan terasa lebih lembut daripada bahan yang berwarna-warni pada sesebuah pengeluaran kain pasang/ela jenis satin tersebut.
Semoga tips ini dapat memberikan manfaat kepada pengguna. Lebih2 lagi dengan keadaan dan cuaca tidak menentu kita di Malaysia.
BalasPadam